Zaman Prasejarah Di Malaysia
Kumpulan:
Lorennzo Nistelrooy Anak Malcolm
Jevvaa Saiyini A/P Arumugan
Lai Siew Ming
Tajuk:Zaman Prasejarah Di Malaysia
Zaman Prasejarah di dunia biasanya dibahagikan kepada empat iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik, dan Zaman Logam. Tempoh masa bagi setiap zaman tersebut tidak sama antara satu sama lain di tempat lain.Tempoh masa itu bergantung kepada tahap kemajuan di sesuatu tempat itu.
Di Malaysia, ahli sejarawan telah membahagikan zaman prasejarah di Malaysia kepada tiga zaman sahaja iaitu:
Zaman Paleolitik di Malaysia
Zaman Neolitik di Malaysia
Zaman Logam di Malaysia
Zaman Paleolitik
1.Zaman paleolitik di Malaysia bermula kira-kira 200,000 hingga 300,000 tahun dahulu.
Ciri-ciri petempatan manusia Zaman Paleolitik ialah:
hidup berpindah-randah,
biasanya tinggal dikawasan terbuka di luar gua,di dalam gua,dan sekitar tasik.
Ciri-ciri dan peralatan adalah seperti yang berikut:
memburu binatang liar
memungut hasil hutan
peralatan batu berupa batu serpihan
Ciri-ciri kepercayaan:
mengamalkan animisme iaitu percaya bahawa setiap benda seperti batu dan pokok mempunyai semangat dan roh orang mati
mengamalkan upacara perkuburan
Lokasi Zaman Paleolitik di Malaysia:
Bukit Jawa, Kota Tampan, dan Bukit Bunuh di Lenggong, Perak
Gua Niah di Sarawak
Tingkayu di Sabah
Pada tahun 1990, Perak Man iaitu rangka manusia zaman paleolitik yang telah ditemui di Perak.
Zaman Neolitik
Zaman Neolitik merupakan zaman perkembangan teknologi daripada batu kepada tembikar, mula bercucuk tanam, dan mula memelihara binatang ternakan. Zaman Neolitik di Malaysia bermula pada kira-kira 7,000 tahun dahulu. Masyarakat Zaman Neolitik bukan sahaja menggunakan batu, tetapi telah menggunakan tanah liat untuk membuat tembikar. Manusia pada zaman ini juga telah mula tinggal menetap di suatu tempat dan juga menjalankan perdagangan secara tukar barang atau sistem barter (sistem bertukar barang) zaman neolitik juga terdapat di gua harimau,perak.
Ciri-ciri penempatan
Pada zaman ini telah mula wujud sistem bermasyarakat seperti mempunyai ketua dan membuat pembahagian kerja.
Mereka tinggal di dalam gua dan kawasan yang berhampiran dengan sungai
Kegiatan dan peralatan
Pada Zaman Neolitik, mereka mula mencipta peralatan tembikar, seperti bekas air, periuk, dan juga belanga. Mereka juga mencipta alat seperti beliung yang digunakan untuk menggali tanah dan alat untuk mengetam kayu. Selain itu mereka juga menggunakan pemukul kulit kayu untuk meleperkan dan menghaluskan kulit kayu.
Pada zaman ini mereka mula bercucuk tanam, menangkap ikan, serta menternak binatang ternakan.Selain itu mereka juga memburu haiwan liar dan memungut hasil hutan. Mereka turut berdagang secara tukar barang atau sistem barter.
Mereka juga mencipta barang-barang kemas seperti anting-anting, kalung dan gelang sebagai perhiasan mereka.
Zaman Logam
Zaman Logam bermaksud satu tempoh di mana kebudayaan dalam masyarakat telah muncul objek-objek logam sebagai unsur-unsur utama yang menggantikan alat-alat batu. Fungsi alat batu dalam kehidupan harian mereka telah diambil alih oleh objek logam. Contohnya seperti kapak batu, pisau batu yang berfungsi untuk kegiatan pertanian seperti kapak besi atau gangsa dam mata tajam.
Ciri-ciri penempatan
Pada zaman ini mereka hidup menetap di sesuatu tempat tidak berpindah-randah dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain. Mereka tinggal berhampiran dengan sungai, di atas pokok, kawasan tanah tinggi dan ada yang masih tinggal di dalam gua.Bahan binaan rumah pada zaman ini ialah batu,tanah liat dan juga kayu.
Pada mereka ini mereka mula mempunyai adat resam mereka yang tersendiri.
Kegiatan dan peralatan
Mereka menghasilkan alat logam daripada gangsa dan besi. Mereka juga bercucuk tanam, menangkap ikan, memburu binatang liar di hutan, menternak binatang ternakan, dan menjalankan perniagaan secara tukar barang yang dikenali sebagai sistem barter.
Contoh alat yang digunakan pada zaman ini ialah kapak, sabit, pisau, tulang mawas, dan lembing.
Kepercayaan
Mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup yang tertentu
Barangan perhiasan dan tembikar akan diletakkan di sisi mayat.
Comments
Post a Comment